Rawatan untuk masalah kegagalan buah pinggang boleh menyebabkan berlakunya komplikasi yang memerlukan kepada rawatan segera.Tetapi beberapa komplikasi daripada rawatan kegagalan buah pinggang atau kesan sampingan rawatan boleh dicegah atau mudah dirawat.Jadi mari kita lihat beberapa komplikasi yang mungkin terjadi di saat sedang menjalani rawatan untuk masalah kegagalan buah pinggang.

Tiga pilihan rawatan sudah disediakan kepada mereka yang buah pinggangnya telah benar-benar hilang fungsi sepenuhnya.Ianya ialah hemodialisis,peritonial dialisis dan transplantasi.

Mereka yang menjalani rawatan hemodialisis mungkin akan mengalami masalah pada saluran masuk ke dalam pembuluh darah mereka.Laluan masuk ke pembuluh darah ialah suatu bahagian pada tubuh pesakit di mana darah akan dikeluar dan dimasukkan kembali sepanjang rawatan dilakukan.Masalah yang selalu berlaku pada laluan masuk ke pembuluh darah ialah berlakunya jangkitan pada saluran tersebut atau aliran darah rendah kerana berlakunya pembekuan darah.

Masalah lain yang boleh berlaku ialah disebabkan perubahan pantas di dalam air dan keseimbangan kimia sepanjang rawatan.Ini mungkin termasuk berlakunya kekejangan otot dan hipotensi.Hipotensi adalah berlakunya penurunan mendadak pada tekanan darah,yang mana ianya akan menjadikan seseorang itu merasa lemah dan pening.

Seseorang itu perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan rawatan hemodialisis.Mereka yang menjalani rawatan ini perlulah melaporkan apa sahaja kesan sampingan yang berlaku kepada doktor atau kakitangan hemodialisis.

Dengan mengikuti diet yang sesuai,menghadkan pengambilan cecair yang berlebihan,dan mengambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor anda boleh mencegah banyak komplikasi yang berlaku daripada rawatan hemodialisis.

Peritoneal Dialisis:Komplikasi Yang Mungkin Berlaku

Komplikasi rawatan yang umumnya akan dihadapi oleh pesakit yang menjalani peritonial dialisis ialah peritonisis.Peritonisis ialah jangkitan serius pada perut yang terjadi ketika pembukaan di mana katerer memasuki tubuh pesakit telah dijangkiti.

Tanda-tanda berlakunya peritonisis ialah berlakunya demam,warna yang luar biasa atau kekeruhan dari cairan yang digunakan dan kemerahan atau rasa sakit disekitar kateter.Untuk mengelakkan berlakunya peritonisis ketika menjalani rawatan peritonial dialisis ialah pesakit perlulah mematuhi setiap prosedur rawatan yang telah ditetapkan.Selain dari itu,pesakit yang mengalami tanda-tanda peritonisis harus segera memaklumkan kepada doktor bagi memudahkan doktor memberikan rawatan yang sesuai.Komplikasi peritonisis boleh diubati dengan menggunakan antibiotik yang diberikan doktor.

Tranplantasi Buah Pinggang:Komplikasi Yang Mungkin Berlaku

Komplikasi umum yang mungkin juga berlaku kepada mereka yang menjalani pemindahan buah pinggang ialah penolakan buah pinggang.Biasanya penolakan tersebut ialah disebabkan oleh pesakit tidak mengambil ubat yang telah diberikan oleh doktor.

Bagi mengelakkan berlakunya penolakan buah pinggang,doktor anda akan sertakan sekali sejenis ubat yang dinamakan sebagai imunosupresan.Ubat jenis ini berfungsi sebagai ubat yang melemahkan sistem kekebalan tubuh sehingga dapat mencegah dari berlakunya penolakan buah pinggang.Namun,kesan sampingan dari penggunaan ubat ini ialah pesakit akan mudah terdedah kepada jangkitan penyakit lain kerana sistem kekebalan tubuh telah menjadi lemah.

Dalam beberapa kes pula,kemungkinan berlakunya penolakan buah pinggang boleh berlaku dan pesakit akhirnya terpaksa kembali menjalani rawatan dialisis.Oleh itu,sebaiknya berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan bagaimanakah yang paling sesuai kepada anda dan tentang komplikasi yang mungkin akan berlaku dari setiap jenis rawatan yang akan anda lakukan.

info:http://buahpinggangsihat.com

468 ad

Leave a Reply